Al Quran.

*BERDAMPING DIRI DGN AL QURAN*



Masa kecik2 dulu selalu buat lepas ngaji mesti cium Al Qur’an, letak kat dada pastu letak atas kepala..Baru skg tahu kenapa. .Tak kisahlah sebelum ke selepas ngaji . Jom kita amalkan skg

*TIPS MEMBACA📗AL-QUR’AN;*

📗Selalunya kita membaca Al-Qur’an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik2 dengan Al-Qur’an yang kita pegang itu.

📗Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur’an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya.

_Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri; Saat kita ingin membaca Al-Qur’an:_

*📗Ambil Al-Qur’an sambil senyum dan beri salam padanya…*

1. *JUNJUNG📗;*
(Letak atas kepala),
_Niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita._

2. *CIUM📗;*
_Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasulullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu2nya pusaka Baginda yang berharga ini._

3. *PELUK📗*
(Letak di dada dengan erat),
_Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat._

_📕Rayulah agar Al-Qur’an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita._

_📕Amalkan tips ini insya Allah._

_📕Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur’an akan sentiasa mengalir dalam jiwa._

Wallahu a’lam…


*SEMOGA BERMANFAAT*🌹